UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)

SME6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION

all about issues in mathematics learning

Saturday, 31 October 2015

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD KE 21

Kebanyakkan ibu bapa, guru dan pelajar sudah mula mengenali perubahan pengajaran dan pembelajaran iaitu pembelajaran abad ke-21. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melancarkan inisiatif pembelajaran abad ke-21 secara rintis pada tahun 2014 dan meluaskan pelaksanaan keseluruh negara mulai tahun 2015. 

Rupa dan bentuk pendidikan yang sesuai dengan generasi abad ke-21 telah banyak diperkatakan dan banyak bahan-bahan penulisan yang mengulas mengenai pendidikan yang mampu memenuhi harapan dan keperluan pendidikan masa kini dan masa depan.

Rata-rata pakar pendidikan bersetuju bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu berubah sesuai dengan perkembangan teknologi cyber dan akses kepada internet yang semakin maju.

Kaedah pengajaran konvensional seperti "chalk and talk" semata-mata kurang berhasil menarik minat murid sebaliknya memerlukan kaedah yang lebih dinamik dan kreatif dengan kandungan pengajaran yang relevan sesuai dengan perkembangan semasa.

Semua pihak yang terlibat secara langsung dengan dunia pendidikan perlu menyedari bahawa tiada ruang untuk tidak ikut sama melaksanakan trnsformasi pendidikan.

Malah perubahan dalam pendidikan perlu sentiasa seirin perkembangan zaman atau selangkah kehadapan.

Guru-guru perlu bersedia menerima perubahan dan dapat pula mengurus perubahan dengan cekap dan berkesan agar pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih segar dan memenuhi keperluan murid.

 Justeru itu, saya akan kongsikan maklumat beberapa model susun atur kelas abad ke-21 sejajar dengan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia dalam melaksanakan trnasformasi pendidikan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Pelaksanaan pengajaran berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) :

  • merupakan penanda aras keberkesanan pendidikan abad ke-21 seperti dihasratkan oleh KPM mulai tahun 2014.
KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG PERLU DIKUASAI DALAM PDP ABAD KE-21:


CIRI-CIRI PEMBELAJARAN ABAD KE-21:


ELEMEN-ELEMEN YANG TERKANDUNG DALAM KEMAHIRAN ABAD KE-21:



Namun, dalam perlaksanaan pembelajaran abad ke-21 ini terdapat cabaran-cabaran yang perlu di hadapi oleh guru dan pemimpin sekolah. Antaranya ialah :
  • Untuk menyediakan pembelajaran yang menjurus ke arah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
  • Mengurus bilik darjah dan ruang pembelajaran yang lebih dinamik.
  • Bagaimana guru-guru menggunakan pelbagai sumber sokongan teknologi serta maklumat bagi melaksanakan PdP yang efektif dan berkualiti serta relevan dengan perkembangan semasa.
Oleh itu, guru secara berterusan perlu mengemaskini pengetahuan (kandungan kurikulum) dan kompetensi (pedagogi PdP) supaya kekal relevan dengan keperluan semasa dan akan datang.


PEMBELAJARAN ABAD KE-21:


CIRI-CIRI MURID YANG DIHARAPKAN HASIL PEMBELAJARAN ABAD KE-21:




SUSUN ATUR MEJA DI DALAM BILIK DARJAH:


CONTOH SUSUNAN MEJA UNTUK SEKOLAH TADIKA

PELAN SUSUN ATUR MEJA 


PELAN SUSUN ATUR MEJA YANG KONDUSIF DAN TERATUR



  • Susunan meja membolehkan murid berinteraksi dan melaksanakan kolaborasi bagi meningkatkan kemahiran berfikir walaupun jumlah murid yang ramai.
  • Guru berperanan sebagai fasilitator di dalam bilik darjah.












3 comments:

dah baca??komen ler sikit..tq ^_^