'Jumlah guru di bawah
Kementerian Pendidikan
di tahap tepu'
Pihak berkuasa kini sedang mencari jalan untuk mengurangkan lambakan graduan pendidikan dalam negara.
PUTRAJAYA: Jumlah guru yang sedang berkhidmat di sekolah sudah berada para paras tepu dan mencapai tahap maksimum.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kerana itu pihaknya, Kementerian Pengajian Tinggi dan pihak universiti sedang mencari jalan untuk mengurangkan lambakan graduan pendidikan dalam negara.
"Kita akan lihat beberapa cadangan daripada fakulti pendidikan yang mahu melihat semula dari segi pengambilan pelajar agar dapat mengurangkan bilangan pelajar.
"Bagaimanapun ia bukan keputusan pihak kementerian. Ia akan ditentukan selepas mesyuarat," katanya semasa sidang media selepas Mesyuarat Persediaan Penggal Persekolahan 2016 di sini pada Jumaat.
Sebelum ini, Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan berkata, jumlah guru di negara ini masih berada pada tahap mencukupi dan dijangka terus bertambah pada masa akan datang.
Jelasnya, setakat ini, terdapat 420,000 guru untuk semua peringkat sekolah di seluruh negara selain dapat menampung keperluan pendidikan yang semakin berkembang saban hari.
Dalam pada itu kata Mahdzir, isu utama kini adalah kegagalan graduan daripada Institut Pendidikan Guru (IPG) dan universiti (fakulti pendidikan) di dalam peperiksaan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SSP).
"Ia akan menjadikan mereka tidak disahkan dalam perkhidmatan. Ia sekali gus menyebabkan ramai graduan dari IPG dan fakulti pendidikan gagal peperiksaan dan terjadinya lambakan graduan pendidikan," katanya.
sumber: Astro Awani (04 Disember 2015)
Melalui berita di atas, bagi pendapat saya adalah:
- Bakal guru (siswazah yang bergraduan dari IPG dan fakulti pendidikan) perlu lebih banyak membuat persediaan dalam menghadapi peperiksaan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SSP). Ini disebabkan bakal guru ini perlu bersaing dengan ramai graduan yang inginkan jawatan tersebut setelah bergraduan.
- Lambakan ramai graduan yang tidak dapat jawatan dalam perkhidmatan pendidikan tersebut menyebabkan graduan ini kurang dapat pekerjaan yang sesuai dengan bidang yang mereka ambil ketika diploma dan ijazah muda. Oleh itu, para graduan jangan hanya menunggu atau memohon jawatan yang sama sahaja. Tetapi cuba untuk memohon pelbagai jawatan walupun bukan dalam bidang mereka. Ini bagi membantu para graduan mendapatkan pekerjaan sebelum dapat "posting" ke mana-mana sekolah.
- Kemudian, terlalu banyak sangat universiti yang menawarkan kursus pendidikan ini. Maka, lebih elok dikekalkan hanya UPSI sahaja yang mengambil pelajar jurusan pendidikan ini bagi mengelakkan lambakan pelajar bergraduan pendidikan tetapi mereka tidak mendapat tempat dalam perkhidmatan pendidikan.
- Jika diikutkan setiap sekolah sebenarnya masih terdapat kekurangan guru yang betul-betul mengikut opsyen masing-masing. Oleh itu, perlu juga difikirkan bagaimana untuk menambahkan dan mencukupi kekurangan tersebut agar pelajar-pelajar mudah memahami pelajaran yang mereka belajar dengan adanya guru-guru yang betul-betul dari opsyen mereka yang sebenarnya.
- Untuk mengurangkan beban guru di sekolah, boleh juga di berikan jawatan pembantu guru kepada graduan pendidikan bagi melatih mereka sebelum mereka bergelar sebagai guru sebenar. Mereka diberi tugas selain daripada mengajar dan membantu kerja-kerja lain seperti membuat soalan serta menandakan kertas soalan tersebut.
Daripada pendapat saya ini, adakalanya para graduan ini memang betul-betul sudah membuat persediaan sepenuhnya dalam menghadapi SSP. Namun, rezeki itu Allah yang beri. Kita hanya merancang. Banyak-banyakkan bersabar, usaha dan yang penting doa. Mudah-mudahan semua para graduan dapat tempat pada jawatan perkhidmatan termasuklah saya dan rakan-rakan juga. Aaammiinn.. ^_^
No comments:
Post a Comment
dah baca??komen ler sikit..tq ^_^