Sumber dari KOSMO (ISNIN 02 NOV 2015)
7 BULAN REKA
PENGASING BIJI LADA KERING
Pertandingan kreativiti dan inovasi institut Kemahiran Mara,
Kuala Lumpur diharap dapat mencungkil bakat mereka cipta dalam kalangan
pelajar.
Setiap kali ingin menggunakan lada kering dalam masakan,
Noranisah Bujal, 38, terpaksa memotong dan merendam di dalam air panas selama
setengah jam terlebih dahulu.
Ibu kepada dua cahaya mata itu melakukan langkah tersebut
bagi mengeluarkan biji yang terdapat dalam lada kering.
Tambahan pula, biji lada kering yang masuk ke dlaam abdomen
berpontensi menjadi penyebab kepada penyakit apendisitis.
Apendisitis yang teruk boleh menyebabkan apendiks pecah
hasil pemebentukan nanah di dalam abdomen.
Situasi ini memberi idea kepada pensyarah Sijil Teknologi
Mekanik Industri di Institusi Kemahiran Mara (IKM) Kuala Lumpur untuk menghasilkan sebuah mesin
yang dpat mengasingkan biji lada kering.
Noranisah menyampaikan idea itu kepada tiga pelajarnya,
sekali gus memberi kepercayaan kepada mereka untuk menghasilkan mesin tersebut.
MODAL INSAN
Noranisah Bujal (pensyarah) & Muhammad Aiman (pelajar) |
Hasil idea dan ciptaan itu ternyata Berjaya menewaskan 36
produk inovasi lain yang mengambil bahagian pada Pertandingan Kreativiti dan
Inovasi 2015 IKM Kuala Lumpur yang berlangsung baru-baru ini.
‘Saya hanya memberi idea kepada mereka(pelajar) untuk
menyelesaikan masalah yang sering dialami oleh orang ramai ketika menggunakan
lada kering.
‘Mesin ini direka bentuk dan dihasilkan sendiri oleh mereka
(pelajar) dengan menggunakan bahan dan peralatan yang terdapat di IKM ini,’
katanya ketika ditemu bual GenK selepas majlis penyampaian hadiah pertandingan
tersebut.
Pertandingan Kreativiti dan Inovasi 2015 IKM Kuala Lumpur
diadakan bagi melahirkan modal insan yang berinovatif dan kreatif melalui
penghasilan produk olehs etiap pelajar.
Salah seorang pelajar, Muhammad Aiman Yusuff Mohd.Fadzly,
19, berkata, pertandingan itu memberi peluang kepadanya untuk berinovasi.
Menurut anak kelahiran Shah Alam, Selangor itu, dia bersama
dua lagi rakannya terpaksa memerah otak selama tujuh bulan untuk menyiapkan
mesin pengasing biji lada kering berkenaan.
‘Mesin ini dicipta sepenuhnya oleh kami bertiga, bermula
daripada proses mereka bentuk sehinggalah pembuatan.
‘Ia sangat menguji daya pemikiran kerana kami perlu menghasilkan
mesin yang belum pernah dicipta sebelum ini,’ kata penuntut sijil Teknologi
Mekanikal Industri itu.
Anak kedua daripada empat adik beradik itu turut
memaklumkan, sepanjang proses penghasilan mesin tersebut, mereka terpaksa
melakukan trial and error sebanyak lima kali.
Begitupun, kegagalan itu tidak pernah mematahkan semangat
mereka terus komited bagi menghasilkan mesin tersebut.
‘Melakar reka bentuk di atas permukaan kertas lebih mudah
daripada proses membuat mesin ini.
‘Namun, hasil kefahaman dan kemahiran praktikal yang
diperoleh semasa di dalam kelas banyak membantu kamu untuk menyiapkan mesin
ini,’ kata Muhammad Aiman sambil memaklumkan mesin tersebut dihasilkan dengan
kos sebanyak rm250.
Mesin itu beroperasi menerusi proses pemotongan lada kering
menggunakan bilah-bilah pisau yan terdapat di dalam sebuah corong terlebih
dahulu.
Kemudian, lada kering yang sudah dipotong tadi akan melalui
proses pengasingan dengan menggunakan pemutar seperti kincir air dalam mesin
berkenaan.
Biji lada akan keluar secara sendiri dan jatuh ke bahagian
bawah mesin. Menariknya,operasi itu mampu deigerakkan sepenuhnya secara
automatic.
Noranisah memberitahu, walupun mesin itu beroperasi dengan
sempurna dan berkesan, beberapa penambahbaikan terpaksa dilakukan jika mahu dikomersialkan.
‘Sepanjang pertandingan ini, kami menerima maklum balas yang
sangat memberangsangkan termasuk input-input berguna dalam menambah baik mesin
ini.
‘Insya-Allah, kami akan menambah baik mesin ini sekiranya
terpilih mewakili IKM Kuala Lumpur pada pertandingan-petandingn inovasi selepas
ini,’ ujarnya sambil memaklumkan mesin ini sesuai digunakan dalam proses
pembuatan cili sos.
Antara produk inovasi yang Berjaya dihasilkan oleh para
peserta ialah Quict T Spanner, Saji Heater, Bag Meja, Pengupas KElapa Muda,
Pengopek Durian, Fan Blande Cleaner dan Pump Ballon Elecktric.
Program ini Berjaya menarik penyertaan seramai 87 orang
pelajar IKM Kuala Lumpur yang kebanyakknanya terdiri daripada pelajar semester
tiga dan empat.
Penyampaian hadiah beserta sijil kepada pemenang Pertandingan Kreativiti dan Inovasi 2015 |
- Dalam pelaksanaan pembelajaran abad ke 21, pelajar perlu lebih kreatif. Dengan adanya aktiviti seperti Pertandingan Kreativiti dan Inovasi 2015 ini akan lebih menghasilkan para pelajar yang lebih kreatif dan inovatif. Di samping dapat mengharumkan nama sesebuah institusi yang mereka belajar, mereka juga dapat menghasilkan idea-idea yang bernas.
- Pelajar juga boleh mengaplikasikan segala pembelajaran dengan menghasilkan idea-idea seperti ini sama ada menggunakan barang yang sedia ada atau perlu membeli bagi melengkapkan hasil kerja mereka seperti di atas.
- Pihak institusi perlu memberi bantuan dan peruntukan untuk pelajar-pelajar yang berpotensi tinggi dan kreatif ini bagi memudahkan mereka menghasilkan produk mereka dengan bimbingan pensyarah tanpa ada sebarang kekangan pada kewangan.
Titanium Reservation, Hotel - T-Mobile Arena
ReplyDeleteProperty is situated in T-Mobile Arena, burnt titanium T-Mobile Arena titanium necklace and is close to T-Mobile Arena. Contact Info. columbia titanium jacket Hours, Phone titanium cookware Number, Parking titanium hammers