UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)

SME6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION

all about issues in mathematics learning

Wednesday, 23 December 2015

KEMENTERIAN PENDIDIKAN KAJI LANGKAH KURANGKAN BEBAN GURU


KUALA LUMPUR 21 Dis. – Kementerian Pendidikan sedang mengkaji keseluruhan data yang diperlukan di peringkat sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) yang perlu diisi guru secara dalam talian. 

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, menerusi kajian tersebut, jumlah pelaporan data dapat dikurangkan sekali gus meringankan beban tugas guru.

“Langkah ini akan memastikan guru-guru tidak perlu menggunakan pelbagai sistem untuk merekod data. Contohnya data yang perlu diisi setiap hari oleh guru hanyalah data kehadiran murid,” katanya dalam sidang Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Ng Chiang Chin yang ingin tahu tentang langkah diambil kementerian dalam mengatasi masalah beban kerja guru.

Mahdzir berkata, pihaknya juga akan mengambil langkah meningkatkan kualiti kepemimpinan sekolah melalui Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) bagi mena­ngani beban tugas guru.

“Kaedah seterusnya adalah dengan memantau supaya amalan melindungi masa instruksional (MMI) dilaksanakan sewajarnya.

“Selain itu, kementerian telah meminta pihak sekolah supaya mengurangkan amalan penyediaan sambutan secara berlebih-lebihan bagi mengelakkan masa pengajaran dan pembelajaran terjejas,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mahdzir berkata, Malaysia selaku Ahli Lembaga Eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) komited mendukung aspirasi UNESCO terutama dalam membantu negara-negara kurang membangun di bawah kerjasama Selatan-Selatan.

Bagi membantu melicinkan peranan Malaysia di UNESCO katanya, Pejabat Perwakilan Tetap Malaysia (PPTM) bertindak sebagai pejabat perwakilan dan pentadbiran Malaysia.

“PPTM diketuai oleh dua pegawai serta lima kakitangan pejabat warga Malaysia dan tempatan,” katanya bagi menjawab soalan Senator Shahanim Mohamad Yusof yang ingin tahu jumlah kakitangan kementerian berkhidmat di UNESCO dan peranan mereka.

BAGI PENDAPAT SAYA BERKAITAN ISU DI ATAS ADALAH:
  • LANGKAH YANG BAIK JIKA KERAJAAN DAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MENGKAJI SEMULA PERKARA YANG BOLEH MENGURANGKAN BEBAN GURU. INI KERANA KITA SEDIA ADA TAHU YANG TANGGUNGJAWAB GURU KINI SEMAKIN BERAT DENGAN ADANYA PELABAGAI KURIKULUM DAN KO-KURIKULUM YANG PERLU DIHADIRI DAN MELIBATKAN DIRI SECARA TIDAK LANGSUNG. DENGAN ADANYA LANGKAH-LANGKAH YANG DIFIKIRKAN OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN SEGALA KERJA YANG DILAKUKAN OLEH GURU BERJALAN DENGAN LANCAR.
  • SAYA BERSETUJU DENGAN PENDAPAT BAHAWA PERLU MENGURANGKAN AMALAN PENYEDIAAN SAMBUTAN SECARA BERLEBIH-LEBIHAN DI SEKOLAH. DENGAN INI BOLEH MENJIMATKAN MASA DAN KERJA GURU SEKALIGUS TIDAK MENGANGGU PDP MURID-MURID YANG MEMAKAN MASA YANG LAMA. DISAMPING ITU, DAPAT JUGA GURU MENGHABISKAN SUBJEK DENGAN TERATUR DAN BAIK AGAR MURID BOLEH MENDAPAT MAKLUMAT DENGAN SEPENUHNYA.
  • PENGUMPULAN DATA SECARA TERATUR JUGA MEMBANTU MENGURANGKAN BEBAN GURU. INI KERANA GURU TIDAK PERLU MENGISI TERLALU BANYAK DATA YANG SAMA UNTUK TUJUAN YANG BERLAINAN. MAKA DENGAN ADANYA SATU SAHAJA PERISIAN YANG PERLU GURU ISIKAN AKAN MEMUDAHKAN GURU DAN KPM UNTUK RUJUK TANPA MEMBUKA BANYAK SANGAT FILE YANG ISI KANDUNGAN NYA ADALAH SAMA. MENJIMATKAN MASA JUGA.
Oleh itu, guru juga perlu diberi ruang, masa dan peluang yang secukupnya bagi menghasilakn pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Di samping itu boleh menghasilkan pencapaian murid-murid yang cemerlang bukan sahaja pada sijil yang mereka dapat tetapi cemerlang dengan ilmu yang akan di aplikasikan di luar dari sekolah.





No comments:

Post a Comment

dah baca??komen ler sikit..tq ^_^