PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN
Melalui penggunaan ICT dapat membantu kanak-kanak mendapatkan informasi seperti bacaan doa yang ditunjukkan dalam gambar di atas.
Penggunaan
istilah “teknologi maklumat” mula digunakan pada sekitar dekad 1970-an.
Terdapat banyak penyelidikan telah dilakukan bagi membiayai inovasi serta
pembaharuan dalam bidang jentera dan pengkomputeran. Oleh itu, pada akhir dekad
1970-an telah terdapat penciptaan mikrokomputer dan juga diikuti dengan
penciptaan komputer peribadi IBM pada tahun 1981. Information and Communication
Technology(ICT) atau dikenali sebagai Teknologi Maklumat dan Komunikasi adalah
merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. ICT juga adalah
penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi,
memproses, memindah, melihat,dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan
waktu. Selain itu, ICT adalah sebagai satu proses pengaliran, penyebaran,
pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi.
Teknologi ini juga disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang membolehkan
pengaliran maklumat menjadi semakin mudah dan pantas.
KEPENTINGAN PENGGUNAAN ICT
- Meningkatkan kefahaman sesuatu konsep, memberi gambaran visual dan memudahkan pengiraan kompleks.
- Merangsang murid untuk belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum.
- Membantu murid dalam proses penyelesaian masalah dan komunikasi dengan lebih cepat dan tepat.
- Mewujudkan peluang pembelajaran yang sama kepada murid yang mempunyai pelbagai kebolehan dan kecerdasan.
- Membantu murid mendapat dan mengumpul maklumat yang mungkin sukar diperoleh dalam keadaan biasa.
- Mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok, mencabar dan berbentuk penerokaan.
- Memupuk sifat ingin tahu dan ingin mencuba di kalangan murid.
- Meningkatkan daya kreativiti, inovasi dan imaginasi murid.
- Menggalakkan murid merealisasikan:
Ø Pembelajaran
terarah kendiri
Ø Pembelajaran
akses kendiri.
Penggunaan ICT lebih memudahkan dan cepat untuk mendapatkan maklumat.
Maklumat yang di dapati boleh dikongsi dengan rakan-rakan yang lain. Selain itu, akan timbul sikap kerjasama dalam menjalankan aktiviti di dalam kumpulan. Perkara ini yang perlu dilaksanakan dalam pembelajaran abad ke 21.
Pembelajaran yang menyeronokkan di samping menarik minat kanak-kanak dan pelajar-pelajar dalam mempelajari sesuatu matapelajaran.
Pembelajaran yang lebih efektif dan maklumat cepat sampai kepada pelajar. Memudahkan juga untuk pelajar mengakses internet untuk mencari kaedah yang berlainan ketika sesuatu matapelajaran itu dijalankan.
KESIMPULAN
- Penggunaan ICT ini bukan sahaja perlu di sekolah tetapi di rumah juga. Namun, ibubapa perlu memantau anak-anak agar mereka tidak menyalahgunakan komputer dan internet.
- Tutorial dan tunjuk ajar dari guru tentang penggunaan ICT ini amat penting dan memerlukan ruang yang selesa serta masa yang panjang bagi memastikan pelajar-pelajar dapat apa yang dipelajarinya.
- Ibubapa janganlah terlalu mendedahkan penggunaan tablet kepada kanak-kanak semata-mata untuk main game ataupun menonton kartun. Namun, boleh juga diterapkan penggunaan tablet untuk pendidikan agar sel-sel otak mereka tidaklah hanya tertumpu kepada perkara-perkara yang tidak berfaedah. Ibubapa boleh memuat naik aplikasi yang berkaitan pendidikan ke dalam tablet mereka. Hal ini sering kali di lihat pada zaman semakin moden ini. Oleh itu, ibubapa perlu ubah cara untuk kebaikan anak-anak di masa hadapan.
No comments:
Post a Comment
dah baca??komen ler sikit..tq ^_^