UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)

SME6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION

all about issues in mathematics learning

Wednesday, 23 December 2015

KEMENTERIAN PENDIDIKAN KAJI LANGKAH KURANGKAN BEBAN GURU


KUALA LUMPUR 21 Dis. – Kementerian Pendidikan sedang mengkaji keseluruhan data yang diperlukan di peringkat sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) yang perlu diisi guru secara dalam talian. 

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, menerusi kajian tersebut, jumlah pelaporan data dapat dikurangkan sekali gus meringankan beban tugas guru.

“Langkah ini akan memastikan guru-guru tidak perlu menggunakan pelbagai sistem untuk merekod data. Contohnya data yang perlu diisi setiap hari oleh guru hanyalah data kehadiran murid,” katanya dalam sidang Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Ng Chiang Chin yang ingin tahu tentang langkah diambil kementerian dalam mengatasi masalah beban kerja guru.

Mahdzir berkata, pihaknya juga akan mengambil langkah meningkatkan kualiti kepemimpinan sekolah melalui Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) bagi mena­ngani beban tugas guru.

“Kaedah seterusnya adalah dengan memantau supaya amalan melindungi masa instruksional (MMI) dilaksanakan sewajarnya.

“Selain itu, kementerian telah meminta pihak sekolah supaya mengurangkan amalan penyediaan sambutan secara berlebih-lebihan bagi mengelakkan masa pengajaran dan pembelajaran terjejas,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mahdzir berkata, Malaysia selaku Ahli Lembaga Eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) komited mendukung aspirasi UNESCO terutama dalam membantu negara-negara kurang membangun di bawah kerjasama Selatan-Selatan.

Bagi membantu melicinkan peranan Malaysia di UNESCO katanya, Pejabat Perwakilan Tetap Malaysia (PPTM) bertindak sebagai pejabat perwakilan dan pentadbiran Malaysia.

“PPTM diketuai oleh dua pegawai serta lima kakitangan pejabat warga Malaysia dan tempatan,” katanya bagi menjawab soalan Senator Shahanim Mohamad Yusof yang ingin tahu jumlah kakitangan kementerian berkhidmat di UNESCO dan peranan mereka.

BAGI PENDAPAT SAYA BERKAITAN ISU DI ATAS ADALAH:
  • LANGKAH YANG BAIK JIKA KERAJAAN DAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MENGKAJI SEMULA PERKARA YANG BOLEH MENGURANGKAN BEBAN GURU. INI KERANA KITA SEDIA ADA TAHU YANG TANGGUNGJAWAB GURU KINI SEMAKIN BERAT DENGAN ADANYA PELABAGAI KURIKULUM DAN KO-KURIKULUM YANG PERLU DIHADIRI DAN MELIBATKAN DIRI SECARA TIDAK LANGSUNG. DENGAN ADANYA LANGKAH-LANGKAH YANG DIFIKIRKAN OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN SEGALA KERJA YANG DILAKUKAN OLEH GURU BERJALAN DENGAN LANCAR.
  • SAYA BERSETUJU DENGAN PENDAPAT BAHAWA PERLU MENGURANGKAN AMALAN PENYEDIAAN SAMBUTAN SECARA BERLEBIH-LEBIHAN DI SEKOLAH. DENGAN INI BOLEH MENJIMATKAN MASA DAN KERJA GURU SEKALIGUS TIDAK MENGANGGU PDP MURID-MURID YANG MEMAKAN MASA YANG LAMA. DISAMPING ITU, DAPAT JUGA GURU MENGHABISKAN SUBJEK DENGAN TERATUR DAN BAIK AGAR MURID BOLEH MENDAPAT MAKLUMAT DENGAN SEPENUHNYA.
  • PENGUMPULAN DATA SECARA TERATUR JUGA MEMBANTU MENGURANGKAN BEBAN GURU. INI KERANA GURU TIDAK PERLU MENGISI TERLALU BANYAK DATA YANG SAMA UNTUK TUJUAN YANG BERLAINAN. MAKA DENGAN ADANYA SATU SAHAJA PERISIAN YANG PERLU GURU ISIKAN AKAN MEMUDAHKAN GURU DAN KPM UNTUK RUJUK TANPA MEMBUKA BANYAK SANGAT FILE YANG ISI KANDUNGAN NYA ADALAH SAMA. MENJIMATKAN MASA JUGA.
Oleh itu, guru juga perlu diberi ruang, masa dan peluang yang secukupnya bagi menghasilakn pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Di samping itu boleh menghasilkan pencapaian murid-murid yang cemerlang bukan sahaja pada sijil yang mereka dapat tetapi cemerlang dengan ilmu yang akan di aplikasikan di luar dari sekolah.





Friday, 18 December 2015

PLATFORM PELAJAR UNTUK BERINOVASI


Sumber dari KOSMO (ISNIN 02 NOV 2015)



7 BULAN REKA PENGASING BIJI LADA KERING


Pertandingan kreativiti dan inovasi institut Kemahiran Mara, Kuala Lumpur diharap dapat mencungkil bakat mereka cipta dalam kalangan pelajar.

Setiap kali ingin menggunakan lada kering dalam masakan, Noranisah Bujal, 38, terpaksa memotong dan merendam di dalam air panas selama setengah jam terlebih dahulu.

Ibu kepada dua cahaya mata itu melakukan langkah tersebut bagi mengeluarkan biji yang terdapat dalam lada kering.

Tambahan pula, biji lada kering yang masuk ke dlaam abdomen berpontensi menjadi penyebab kepada penyakit apendisitis.

Apendisitis yang teruk boleh menyebabkan apendiks pecah hasil pemebentukan nanah di dalam abdomen.

Situasi ini memberi idea kepada pensyarah Sijil Teknologi Mekanik Industri di Institusi Kemahiran Mara (IKM)  Kuala Lumpur untuk menghasilkan sebuah mesin yang dpat mengasingkan biji lada kering.

Noranisah menyampaikan idea itu kepada tiga pelajarnya, sekali gus memberi kepercayaan kepada mereka untuk menghasilkan mesin tersebut.



MODAL INSAN

 Noranisah Bujal (pensyarah) &
Muhammad Aiman
(pelajar)
Hasil idea dan ciptaan itu ternyata Berjaya menewaskan 36 produk inovasi lain yang mengambil bahagian pada Pertandingan Kreativiti dan Inovasi 2015 IKM Kuala Lumpur yang berlangsung baru-baru ini.

‘Saya hanya memberi idea kepada mereka(pelajar) untuk menyelesaikan masalah yang sering dialami oleh orang ramai ketika menggunakan lada kering.

‘Mesin ini direka bentuk dan dihasilkan sendiri oleh mereka (pelajar) dengan menggunakan bahan dan peralatan yang terdapat di IKM ini,’ katanya ketika ditemu bual GenK selepas majlis penyampaian hadiah pertandingan tersebut.

Pertandingan Kreativiti dan Inovasi 2015 IKM Kuala Lumpur diadakan bagi melahirkan modal insan yang berinovatif dan kreatif melalui penghasilan produk olehs etiap pelajar.

Salah seorang pelajar, Muhammad Aiman Yusuff Mohd.Fadzly, 19, berkata, pertandingan itu memberi peluang kepadanya untuk berinovasi.

Menurut anak kelahiran Shah Alam, Selangor itu, dia bersama dua lagi rakannya terpaksa memerah otak selama tujuh bulan untuk menyiapkan mesin pengasing biji lada kering berkenaan.
‘Mesin ini dicipta sepenuhnya oleh kami bertiga, bermula daripada proses mereka bentuk sehinggalah pembuatan.

‘Ia sangat menguji daya pemikiran kerana kami perlu menghasilkan mesin yang belum pernah dicipta sebelum ini,’ kata penuntut sijil Teknologi Mekanikal Industri itu.

Anak kedua daripada empat adik beradik itu turut memaklumkan, sepanjang proses penghasilan mesin tersebut, mereka terpaksa melakukan trial and error sebanyak lima kali.
Begitupun, kegagalan itu tidak pernah mematahkan semangat mereka terus komited bagi menghasilkan mesin tersebut.

‘Melakar reka bentuk di atas permukaan kertas lebih mudah daripada proses membuat mesin ini.
‘Namun, hasil kefahaman dan kemahiran praktikal yang diperoleh semasa di dalam kelas banyak membantu kamu untuk menyiapkan mesin ini,’ kata Muhammad Aiman sambil memaklumkan mesin tersebut dihasilkan dengan kos sebanyak rm250.

Mesin itu beroperasi menerusi proses pemotongan lada kering menggunakan bilah-bilah pisau yan terdapat di dalam sebuah corong terlebih dahulu.

Kemudian, lada kering yang sudah dipotong tadi akan melalui proses pengasingan dengan menggunakan pemutar seperti kincir air dalam mesin berkenaan.

Biji lada akan keluar secara sendiri dan jatuh ke bahagian bawah mesin. Menariknya,operasi itu mampu deigerakkan sepenuhnya secara automatic.

Noranisah memberitahu, walupun mesin itu beroperasi dengan sempurna dan berkesan, beberapa penambahbaikan terpaksa dilakukan jika mahu dikomersialkan.

‘Sepanjang pertandingan ini, kami menerima maklum balas yang sangat memberangsangkan termasuk input-input berguna dalam menambah baik mesin ini.

‘Insya-Allah, kami akan menambah baik mesin ini sekiranya terpilih mewakili IKM Kuala Lumpur pada pertandingan-petandingn inovasi selepas ini,’ ujarnya sambil memaklumkan mesin ini sesuai digunakan dalam proses pembuatan cili sos.

Antara produk inovasi yang Berjaya dihasilkan oleh para peserta ialah Quict T Spanner, Saji Heater, Bag Meja, Pengupas KElapa Muda, Pengopek Durian, Fan Blande Cleaner dan Pump Ballon Elecktric.

Program ini Berjaya menarik penyertaan seramai 87 orang pelajar IKM Kuala Lumpur yang kebanyakknanya terdiri daripada pelajar semester tiga dan empat. 


Penyampaian hadiah beserta sijil kepada pemenang Pertandingan Kreativiti dan Inovasi 2015
Pendapat saya adalah:

  • Dalam pelaksanaan pembelajaran abad ke 21, pelajar perlu lebih kreatif. Dengan adanya aktiviti seperti Pertandingan Kreativiti dan Inovasi 2015 ini akan lebih menghasilkan para pelajar yang lebih kreatif dan inovatif. Di samping dapat mengharumkan nama sesebuah institusi yang mereka belajar, mereka juga dapat menghasilkan idea-idea yang bernas.
  • Pelajar juga boleh mengaplikasikan segala pembelajaran dengan menghasilkan idea-idea seperti ini sama ada menggunakan barang yang sedia ada atau perlu membeli bagi melengkapkan hasil kerja mereka seperti di atas.
  • Pihak institusi perlu memberi bantuan dan peruntukan untuk pelajar-pelajar yang berpotensi tinggi dan kreatif ini bagi memudahkan mereka menghasilkan produk mereka dengan bimbingan pensyarah tanpa ada sebarang kekangan pada kewangan.




PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN


Melalui penggunaan ICT dapat membantu kanak-kanak mendapatkan informasi seperti bacaan doa yang ditunjukkan dalam gambar di atas.


Penggunaan istilah “teknologi maklumat” mula digunakan pada sekitar dekad 1970-an. Terdapat banyak penyelidikan telah dilakukan bagi membiayai inovasi serta pembaharuan dalam bidang jentera dan pengkomputeran. Oleh itu, pada akhir dekad 1970-an telah terdapat penciptaan mikrokomputer dan juga diikuti dengan penciptaan komputer peribadi IBM pada tahun 1981. Information and Communication Technology(ICT) atau dikenali sebagai Teknologi Maklumat dan Komunikasi adalah merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. ICT juga adalah penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat,dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu. Selain itu, ICT adalah sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Teknologi ini juga disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang membolehkan pengaliran maklumat menjadi semakin mudah dan pantas. 

KEPENTINGAN PENGGUNAAN ICT
  • Meningkatkan kefahaman sesuatu konsep, memberi gambaran visual dan memudahkan pengiraan kompleks.
  •  Merangsang murid untuk belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum.
  •   Membantu murid dalam proses penyelesaian masalah dan komunikasi dengan lebih cepat dan tepat.
  •  Mewujudkan peluang pembelajaran yang sama kepada murid yang mempunyai pelbagai kebolehan dan kecerdasan.
  •   Membantu murid mendapat dan mengumpul maklumat yang mungkin sukar diperoleh dalam keadaan biasa.
  •  Mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok, mencabar dan berbentuk penerokaan.
  •   Memupuk sifat ingin tahu dan ingin mencuba di kalangan murid.
  •  Meningkatkan daya kreativiti, inovasi dan imaginasi murid.
  • Menggalakkan murid merealisasikan:

Ø  Pembelajaran terarah kendiri
Ø  Pembelajaran akses kendiri.


Penggunaan ICT lebih memudahkan dan cepat untuk mendapatkan maklumat.

 Maklumat yang di dapati boleh dikongsi dengan rakan-rakan yang lain. Selain itu, akan timbul sikap kerjasama dalam menjalankan aktiviti di dalam kumpulan. Perkara ini yang perlu dilaksanakan dalam pembelajaran abad ke 21. 


 Pembelajaran yang menyeronokkan di samping menarik minat kanak-kanak dan pelajar-pelajar dalam mempelajari sesuatu matapelajaran.

Pembelajaran yang lebih efektif dan maklumat cepat sampai kepada pelajar. Memudahkan juga untuk pelajar mengakses internet untuk mencari kaedah yang berlainan ketika sesuatu matapelajaran itu dijalankan.
KESIMPULAN

  • Penggunaan ICT ini bukan sahaja perlu di sekolah tetapi di rumah juga. Namun, ibubapa perlu memantau anak-anak agar mereka tidak menyalahgunakan komputer dan internet.
  • Tutorial dan tunjuk ajar dari guru tentang penggunaan ICT ini amat penting dan memerlukan ruang yang selesa serta masa yang panjang bagi memastikan pelajar-pelajar dapat apa yang dipelajarinya.
  • Ibubapa janganlah terlalu mendedahkan penggunaan tablet kepada kanak-kanak semata-mata untuk main game ataupun menonton kartun. Namun, boleh juga diterapkan penggunaan tablet untuk pendidikan agar sel-sel otak mereka tidaklah hanya tertumpu kepada perkara-perkara yang tidak berfaedah. Ibubapa boleh memuat naik aplikasi yang berkaitan pendidikan ke dalam tablet mereka. Hal ini sering kali di lihat pada zaman semakin moden ini. Oleh itu, ibubapa perlu ubah cara untuk kebaikan anak-anak di masa hadapan.





Wednesday, 9 December 2015

Infografik: JPNS terima 

RM202.52 juta 

untuk senggara dan 

pembaikan sekolah



LAPORAN Ketua Audit Negara bagi tahun 2014 menunjukkan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) telah menerima sejumlah RM202.52 juta bagi tujuan penyenggaraan dan pembaikan infrastruktur sekolah bagi tempoh tahun 2012 hingga 31 Disember 2014.

Rekod JPNS setakat 31 Disember tahun lalu mendapati 1,179 sekolah mengalami kerosakan dengan 388 daripadanya dikategorikan sebagai rosak teruk.

Sumber: BERNAMA (25 November 2015)

Pendapat saya ialah:
  • Untuk mengelakkan lebih banyak kerosakan di sekolah yang perlu dibetulkan, maka pelajar-pelajar dan guru perlu turut menjaga kemudahan yang disediakan di sekolah. Gunakan sebaik mungkin kemudahan di berikan.
  • Guru perlu banyak memantau peralatan seperti kerusi, meja dan peralatan di dalam kelas agar memudahkan untuk membetulkan peralatan tersebut dengan segera. 
  • Guru juga perlu adakan siasatan terhadap setiap kelas yang menghadapi kerosakan tersebut dan dikenakan denda jika kerosakan tersebut betul dilakukan oleh mereka.Jadi secara tidak langsung pelajar-pelajar akan menjaga kemudahan tersebut agar tidak dikenakan denda. Ini boleh mengurangkan kadar kerosakan yang perlu dibaiki.
  • Ibu bapa juga turut membantu dalam menasihati anak-anak agar menjaga perlatan dan kemudahan di sekolah, rumah ataupun ketika berada di luar rumah. Berikan akibat jika terjadi kerosakan tersebut pada jangka masa panjang atau dekat.


Kemudahan yang perlu dijaga dengan baik dan sentiasa kemas bagi pembelajaran yang selesa di dalam bilik darjah.














'Jumlah guru di bawah 

Kementerian Pendidikan 

di tahap tepu'







Pihak berkuasa kini sedang mencari jalan untuk mengurangkan lambakan graduan pendidikan dalam negara.


PUTRAJAYA: Jumlah guru yang sedang berkhidmat di sekolah sudah berada para paras tepu dan mencapai tahap maksimum.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kerana itu pihaknya, Kementerian Pengajian Tinggi dan pihak universiti sedang mencari jalan untuk mengurangkan lambakan graduan pendidikan dalam negara.

"Kita akan lihat beberapa cadangan daripada fakulti pendidikan yang mahu melihat semula dari segi pengambilan pelajar agar dapat mengurangkan bilangan pelajar.

"Bagaimanapun ia bukan keputusan pihak kementerian. Ia akan ditentukan selepas mesyuarat," katanya semasa sidang media selepas Mesyuarat Persediaan Penggal Persekolahan 2016 di sini pada Jumaat.


Sebelum ini, Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan berkata, jumlah guru di negara ini masih berada pada tahap mencukupi dan dijangka terus bertambah pada masa akan datang.



Jelasnya, setakat ini, terdapat 420,000 guru untuk semua peringkat sekolah di seluruh negara selain dapat menampung keperluan pendidikan yang semakin berkembang saban hari.



Dalam pada itu kata Mahdzir, isu utama kini adalah kegagalan graduan daripada Institut Pendidikan Guru (IPG) dan universiti (fakulti pendidikan) di dalam peperiksaan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SSP).


"Ia akan menjadikan mereka tidak disahkan dalam perkhidmatan. Ia sekali gus menyebabkan ramai graduan dari IPG dan fakulti pendidikan gagal peperiksaan dan terjadinya lambakan graduan pendidikan," katanya.

sumber: Astro Awani (04 Disember 2015)

Melalui berita di atas, bagi pendapat saya adalah:
  • Bakal guru (siswazah yang bergraduan dari IPG dan fakulti pendidikan) perlu lebih banyak membuat persediaan dalam menghadapi peperiksaan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SSP). Ini disebabkan bakal guru ini perlu bersaing dengan ramai graduan yang inginkan jawatan tersebut setelah bergraduan. 
  • Lambakan ramai graduan yang tidak dapat jawatan dalam perkhidmatan pendidikan tersebut menyebabkan graduan ini kurang dapat pekerjaan yang sesuai dengan bidang yang mereka ambil ketika diploma dan ijazah muda. Oleh itu, para graduan jangan hanya menunggu atau memohon jawatan yang sama sahaja. Tetapi cuba untuk memohon pelbagai jawatan walupun bukan dalam bidang mereka. Ini bagi membantu para graduan mendapatkan pekerjaan sebelum dapat "posting" ke mana-mana sekolah.
  • Kemudian, terlalu banyak sangat universiti yang menawarkan kursus pendidikan ini. Maka, lebih elok dikekalkan hanya UPSI sahaja yang mengambil pelajar jurusan pendidikan ini bagi mengelakkan lambakan pelajar bergraduan pendidikan tetapi mereka tidak mendapat tempat dalam perkhidmatan pendidikan.
  • Jika diikutkan setiap sekolah sebenarnya masih terdapat kekurangan guru yang betul-betul mengikut opsyen masing-masing. Oleh itu, perlu juga difikirkan bagaimana untuk menambahkan dan mencukupi kekurangan tersebut agar pelajar-pelajar mudah memahami pelajaran yang mereka belajar dengan adanya guru-guru yang betul-betul dari opsyen mereka yang sebenarnya.
  • Untuk mengurangkan beban guru di sekolah, boleh juga di berikan jawatan pembantu guru kepada graduan pendidikan bagi melatih mereka sebelum mereka bergelar sebagai guru sebenar. Mereka diberi tugas selain daripada mengajar dan membantu kerja-kerja lain seperti membuat soalan serta menandakan kertas soalan tersebut.
Daripada pendapat saya ini, adakalanya para graduan ini memang betul-betul sudah membuat persediaan sepenuhnya dalam menghadapi SSP. Namun, rezeki itu Allah yang beri. Kita hanya merancang. Banyak-banyakkan bersabar, usaha dan yang penting doa. Mudah-mudahan semua para graduan dapat tempat pada jawatan perkhidmatan termasuklah saya dan rakan-rakan juga. Aaammiinn.. ^_^


















Wednesday, 4 November 2015

SPM 2015


ISNIN (02 NOVEMBER 2015)

Menurut akhbar KOSMO  seramai 440,682 calon menduduki peperiksaan SPM mulai hari ini.
Terdapat 3,501 pusat peperiksaan di seluruh Negara bermula hari ini sehingga 8 Disember 2015.

Daripada jumlah itu:

  •  379,466 adalah calon sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, dan sekolah agama bantuan kerajaan.
  • 29,799 adalah calon persendirian.

Seramai 34,146 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan kelancaran peperiksaan SPM.

Sementara itu, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid menerusi laman Facebooknya semalam, mendoakan semua calon SPM dipermudahkan sepanjang menduduki peperiksaan itu.

Untuk hari pertama peperiksaan SPM hari ini, calon menduduki peperiksaan Bahasa Melayu Kertas1.

“SEMOGA BERJAYA DAN LAKUKAN DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH!!”


keratan akhbar KOSMO (ISNIN-2/11/15)



Saturday, 31 October 2015

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD KE 21

Kebanyakkan ibu bapa, guru dan pelajar sudah mula mengenali perubahan pengajaran dan pembelajaran iaitu pembelajaran abad ke-21. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melancarkan inisiatif pembelajaran abad ke-21 secara rintis pada tahun 2014 dan meluaskan pelaksanaan keseluruh negara mulai tahun 2015. 

Rupa dan bentuk pendidikan yang sesuai dengan generasi abad ke-21 telah banyak diperkatakan dan banyak bahan-bahan penulisan yang mengulas mengenai pendidikan yang mampu memenuhi harapan dan keperluan pendidikan masa kini dan masa depan.

Rata-rata pakar pendidikan bersetuju bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu berubah sesuai dengan perkembangan teknologi cyber dan akses kepada internet yang semakin maju.

Kaedah pengajaran konvensional seperti "chalk and talk" semata-mata kurang berhasil menarik minat murid sebaliknya memerlukan kaedah yang lebih dinamik dan kreatif dengan kandungan pengajaran yang relevan sesuai dengan perkembangan semasa.

Semua pihak yang terlibat secara langsung dengan dunia pendidikan perlu menyedari bahawa tiada ruang untuk tidak ikut sama melaksanakan trnsformasi pendidikan.

Malah perubahan dalam pendidikan perlu sentiasa seirin perkembangan zaman atau selangkah kehadapan.

Guru-guru perlu bersedia menerima perubahan dan dapat pula mengurus perubahan dengan cekap dan berkesan agar pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih segar dan memenuhi keperluan murid.

 Justeru itu, saya akan kongsikan maklumat beberapa model susun atur kelas abad ke-21 sejajar dengan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia dalam melaksanakan trnasformasi pendidikan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Pelaksanaan pengajaran berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) :

  • merupakan penanda aras keberkesanan pendidikan abad ke-21 seperti dihasratkan oleh KPM mulai tahun 2014.
KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG PERLU DIKUASAI DALAM PDP ABAD KE-21:


CIRI-CIRI PEMBELAJARAN ABAD KE-21:


ELEMEN-ELEMEN YANG TERKANDUNG DALAM KEMAHIRAN ABAD KE-21:



Namun, dalam perlaksanaan pembelajaran abad ke-21 ini terdapat cabaran-cabaran yang perlu di hadapi oleh guru dan pemimpin sekolah. Antaranya ialah :
  • Untuk menyediakan pembelajaran yang menjurus ke arah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
  • Mengurus bilik darjah dan ruang pembelajaran yang lebih dinamik.
  • Bagaimana guru-guru menggunakan pelbagai sumber sokongan teknologi serta maklumat bagi melaksanakan PdP yang efektif dan berkualiti serta relevan dengan perkembangan semasa.
Oleh itu, guru secara berterusan perlu mengemaskini pengetahuan (kandungan kurikulum) dan kompetensi (pedagogi PdP) supaya kekal relevan dengan keperluan semasa dan akan datang.


PEMBELAJARAN ABAD KE-21:


CIRI-CIRI MURID YANG DIHARAPKAN HASIL PEMBELAJARAN ABAD KE-21:




SUSUN ATUR MEJA DI DALAM BILIK DARJAH:


CONTOH SUSUNAN MEJA UNTUK SEKOLAH TADIKA

PELAN SUSUN ATUR MEJA 


PELAN SUSUN ATUR MEJA YANG KONDUSIF DAN TERATUR



  • Susunan meja membolehkan murid berinteraksi dan melaksanakan kolaborasi bagi meningkatkan kemahiran berfikir walaupun jumlah murid yang ramai.
  • Guru berperanan sebagai fasilitator di dalam bilik darjah.